Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

Hormati Kehendak UMNO Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

mukKenyataan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang meminta Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah ditukar bukan lah sesuatu yang boleh di tafsirkan sebagai sesuatu yang salah dari segi perlembagaan UMNO itu sendiri atau melanggar disiplin parti.

Apa yang berlaku di Kedah adalah melahirkan rasa tidak puas hati Ketua Ketua bahagian dan Sayap parti UMNO negeri berkenaan dengan kepimpinan Ketua Perhubungan mereka yang di katakan gagal meneraju negeri Kedah atau menyiapkan jentera UMNO Kedah untuk berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

Ianya tidak juga boleh di samakan dengan tindakan segelintir ahli cawangan yang menuntut Presiden UMNO Dato’ Seri Najib meletakkan jawatan yang di lantik oleh ahli parti bukan orang ramai atau pun Sultan, ianya berbesa dengan Pengerusi Perhubungan Negeri yang di lantik oleh Presiden parti.

Jadi untuk mengaitkan isu tuntutan Ketua Bahagian UMNO Kedah terhadap Mukriz Mahathir dengan tuntutan cawangan agar Presiden UMNO Dato’ Seri Najib melepaskan jawatan Presiden adalah sangat-sangat berbeza.

Jika di imbas ini bukan perkara pertama berlaku didalam parti unggul seperti UMNO ini, kerana untuk negeri Kedah, sejarah pernah mencatat bahawa Tun Mahathir semasa menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, pernah melantik Tan Sri Sanusi Junid untuk memegang jawatan Menteri Besar Kedah dan segalius menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri.

Walaupun di bantah oleh semua cawangan UMNO Kedah ketika itu, Tun Mahathir tetap melantik Tan Sri Sanusi bagi mengantikan Tan Sri Osman Arof yang ketika itu mendapat sokongan penuh setiap cawangan dan bahagian UMNO di Kedah.

Jika dahulu mereka boleh menghormati keputusan Presiden mengapa tidak pada masa ini, Perlembagaan parti masih sama seperti itu juga, munkin kerana Mukhriz anak kepada Tun Mahathir maka menyatakan ketidak puasan hati terhadap kerjanya maka ahli dan pemimpin di katakan mempunyai agenda tersembunyi.

Jika berlaku pun pekara pertukaran Menteri Besar Kedah, maka Presiden Parti di katakan telah melakukan kesilapan dan zalim, sedangkan pemimpin parti peringkat Negeri sedang melihat parti mereka sedang menuju kearah kelamahan dan hilang fokus terutama di saat-saat UMNO dan Barisan Nasional akan berdepan dengan PRU ke14.

Merujuk kepada cakap-cakap orang Kedah yang berada di sekeling pejabat Menteri Besar bahawa Mukhriz hanya menumpang nama Tun Mahathir sahaja sedangkan beliau sendiri tidak memiliki aura kepimpinan yang jitu, ia dilihat beku dan tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat negeri Kedah, malah adakalanya untuk membuat keputusan ketika mesyuarat juga Mukhriz tidak berani.

Malahan mereka juga merasa terkilan apabila Mukhriz telah mengabaikan peranan orang-orang yang banyak membantu beliau untuk merampas negeri Kedah, mungkin ini yang menjadikan api semakin membara didalam sekam, tetapi kian hari kian membiak sahinggalah berlakunya perhimpunan Ketua-Ketua bahagian yang menyatakan rasa hati mereka semalam.

Mereka yang di sekeliling Mukhriz juga ada yang di persalahkan kerana tidak memainkan peranan dengan baik hanya tahu mengekor kemana Mukhriz pergi tetapi tidak membantu mengingatkan apa yang perlu beliau lakukan sebelum dan selepas membuat lawatan kerja.

Ramai penyokong kuat Mukhriz yang bekerja kuat untuk beliau menang semasa PRU 13 yang lalu kini mula menjauhkan diri dan berkecil hati kerana Mukhriz lebih banyak melayan rakan-rakan dari luar Kedah dari menguruskan dan menetapkan hala tuju negeri Kedah untuk berdepan dengan PRU Ke 14 nanti.

Jadi adalah satu ketepatan bila mana hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian mendesak agar Presiden Parti menukar kepimpian UMNO Kedah dan tindakan ini perlu disegerakan kerana calar yang berlaku sudah mula menjadi barah yang boleh membunuh Parti UMNO di negeri Kedah.

Mukhriz Mahathir harus rela dan terima kenyataan akan kelemahan yang ada pada dirinya, terimalah kenyataan seperti mana yang pernah berlaku kepada mantan-mantan pemimpin terdahulu, baik Tan Sri Osman Arof, Dato Seri Shahidan Kassim (Perlis) juga Dato Seri Ahmad Said (Terengganu).

Belajarlah dari kesilapan dan jangan sering menunding jari dan mencari kelemahan orang lain, semoga UMNO Kedah kembali ke landasan dan matlamat asalnya, dan Mukhriz Mahathir bolehlah memikirkan untuk terus menetap di Kuala Lumpur bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan politiknya yang masih ada, tidaklah lagi perlu membuang masa berulang alik Kedah – Jerlun- Ayer Hitam.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.