Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

Hubungan Amerika-ASEAN Peroleh Manfaat Daripada Perkongsian Strategik

Kongsi maklumat ini
Tags

1 AS - AseanKuala Lumpur – Amerika Syarikat berkata negara itu bekerjasama dengan ASEAN untuk mempertingkatkan lagi hubungan kedua-dua pihak ke arah perkongsian strategik, suatu tahap yang akan terus membawa kemajuan dalam hubungan Amerika-ASEAN.

Dalam wawancara bertulis menjelang ketibaan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry ke Malaysia untuk menghadiri mesyuarat berkaitan ASEAN, kedutaan Amerika di sini menarik perhatian bahawa perkongsian Amerika-ASEAN terus berkembang sejak 1977.

“Dengan mewujudkan kerjasama strategik, kita akan dapat memastikan kemajuan yang sentiasa berterusan di masa hadapan,” menurut kedutaan itu.

Kedutaan berkenaan menegaskan bahawa ASEAN adalah aspek penting dalam dasar luar Asia Tenggara bagi Amerika.

“Kami sesungguhnya menyokong kerangka serantau dengan ASEAN sebagai pusatnya, sebab itulah kami bekerjasama dengan ASEAN untuk memperkukuhkan peranannya sebagai peneraju serantau dan global,” menurutnya.

Kerry akan mengetuai delegasi Amerika ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5 (EAS FMM), Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-22 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Inisiatif Hulu Mekong, sebagai tambahan kepada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-Amerika.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.