Kiriman pada: Wed, Dec 21st, 2016

‘Hubungan’ Dengan Fattah: Lofa Enggan Ulas

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 29, Neelofa, enggan mengulas lebih lanjut dakwaan wujud orang ketiga dalam hubungan akrabnya dengan pelakon, Fattah Amin.

Kata pengacara Meletop itu, beliau sendiri baru saja mengetahui perihal dakwaan terbabit. Difahamkan, orang ketiga yang dimaksudkan itu ialah seorang pelakon berdarah campuran.

“Mungkin cara saya dapat tahu mengenai dakwaan itu juga tidak elok. Jadi, tidak adil juga untuk saya memberikan komen mengenai hal ini kerana Fattah dan individu berkenaan tiada di sini.

“Jujurnya, saya fobia untuk memberi ulasan lanjut kerana bimbang kenyataan ini akan mengeruhkan lagi keadaan dan melukakan hati banyak pihak, termasuk peminat.

“Saya dan Fattah juga mempunyai peminat masing-masing. Mereka yang tahu cerita ini, tahulah,” kata Neelofa ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta kad Muslimah Bank Rakyat.

Menurut Neelofa lagi, beliau bagaimanapun tidak mahu terus hanyut dengan perkara sebegitu, apatah lagi memikirkannya.

Saya tidak mahu diri dibebankan dengan perkara yang tak perlu ini,” katanya.

Mengenai desas-desus hubungan ‘intim’ dirinya dengan Fattah, selepas sama-sama membintangi drama Suri Hati Mr Pilot kini kononnya ‘berantakan’, Neelofa menjelaskan ia terlalu rumit untuk dijelaskan. Apatah lagi Fattah sebelum ini pernah membuat kenyataan sudah bertemu keluarga masing-masing, sehingga mengundang pelbagai tafsiran seperti mereka serius untuk membawa hubungan itu ke jenjang pelamin.

“Sebenarnya, tindakan saya memuat naik gambar jambangan bunga berserta keterangan gambar di laman Instagram adalah maklum balas serta-merta yang diharap dapat meredakan andaian membabitkan keakraban kami.

“Sekalipun sudah menjelaskan dengan panjang lebar, masih ada peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan kami.

Saya sedar, bukan senang untuk memuaskan hati semua orang, apatah lagi membabitkan soal hati dan perasaan serta hal kahwin,” katanya.

Mengenai kenyataan Fattah sebelum ini yang dikatakan sudah bertemu keluarga masing-masing, Neelofa menjelaskan berlaku salah faham ketika pelakon lelaki itu ditemubual pada Anugerah Melodi, baru baru ini.

“Keluarga kami berjumpa pun di lokasi yang tidak rasmi seperti pada majlis kahwin dan jamuan makan. Hakikatnya, belum ada perjumpaan rasmi sesama keluarga.

“Fattah tersalah dengar soalan dan jawapannya pun salah. Beliau juga sudah memperbetulkan hal itu dengan pihak wartawan,” katanya yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah buat kali keempat pada 27 Disember ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.