Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Hubungan Hadi-Najib dapat restu PAS Pusat

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB RAZAK / MULTAQA SERANTAUKOTA BHARU: Keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjalinkan hubungan baik dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak adalah dengan restu daripada kepimpinan PAS Pusat. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata hubungan yang baik itu bukan dilaksanakan secara bersendirian oleh Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. Beliau berkata, semua kepimpinan PAS bersetuju hubungan baik diadakan dan bekerjasama dengan UMNO khusus dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan rakyat. “(Abdul Hadi) berbaik dengan UMNO dan menjalinkan hubungan baik dengan Najib, semua pihak dalam PAS setuju bagi perkara yang menyentuh kepentingan Islam dan rakyat. “Perkara ini dibincang di peringkat PAS Pusat dan dalam lajnah politik (PAS) dan berbaik dengan UMNO ini bukan keputusan Presiden seorang, ia adalah keputusan parti. “Kita (boleh bekerjasama) bukan setakat dengan UMNO, dengan sesiapa pun boleh untuk kepentingan Islam dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ECXO di Kota Darulnaim di sini, sebentar tadi. Beliau mengulas hubungan baik antara Abdul Hadi dan Najib sejak kebelakangan ini dan ia semakin ketara selepas Najib merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia yang turut dihadiri Hadi yang memberi ucaptama pada multaqa itu. Abdul Hadi juga dalam ucaptama pada multaqa itu menegaskan umat Islam di negara ini wajar mengetepikan perbezaan fahaman politik dan mengukuhkan perpaduan jika tidak mahu melihat suasana kucar kacir seperti di Asia Barat. Berikutan itu juga Najib turut menghulurkan salam silaturahim dan mengajak PAS untuk sama membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.