Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Hukuman Penjara Seumur Hidup Dikekalkan

Kongsi maklumat ini
Tags

bhrydPUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan sebentar tadi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara seumur hidup terhadap tiga sahabat Chong Tat Siong, 28; Foong Khar Fai, 23; dan Lee Phak Seng, 28, yang menculik pelajar menculik seorang kanak-kanak warga Belanda, empat tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh tiga panel Hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Zakaria Sam, Datuk Dr Badariah Sahamia dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Zakaria berkata, mahkamah menolak rayuan sabitan tertuduh dan rayuan hukuman oleh pihak pendakwaan.

“Mahkamah mendapati tiada merit terhadap rayuan sabitan tertuduh dan rayuan hukuman oleh pihak pendakwaan,” katanya.

Pada 3 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mereka didapati bersalah menculik kanak-kanak berkenaan di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 7.30 pagi pada 27 April 2012.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seminggu selepas diculik, mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun dibebaskan di kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh, Lebuhraya Plus pada jam 7.55 pagi 3 Mei.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.