Kiriman pada: Wed, Aug 31st, 2016

Husam Musa Umum Sertai Amanah

Kongsi maklumat ini
Tags

4-17Cyberjaya – Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

“Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri,” katanya ketika berucap mengumumkan perkara tersebut pada majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama YB Datuk Husam Musa di Cyberjaya di sini malam ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO.

Amanah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Harapan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.