Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Hutan 80 Hektar Terbakar, Miri Dilanda Jerebu Teruk

Kongsi maklumat ini
Tags

fhgdtykBANDARAYA Miri hari ini dilaporkan mengalami jerebu teruk ekoran kebakaran hutan belukar seluas 80 hektar berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri sejak tiga hari lalu.

Setakat ini, semakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) (apims.doe.gov.my), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan setakat pukul 10 pagi adalah 336, melebihi paras berbahaya.

Cerapan pada jam 6 pagi tadi mencatatkan IPU 425 dan meningkat kepada IPU 474 pada jam 7 pagi, sebelum menurun kepada 331 pada jam 8 pagi.

Bagaimanapun, bacaan itu meningkat kembali pada jam 10 pagi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dianggap baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.