Kiriman pada: Fri, Feb 26th, 2016

Hutan di Batu Caves terbakar

Kongsi maklumat ini
Tags

27feb-batucaves.transformedGOMBAK: Kawasan hutan di Batu Caves dilaporkan terbakar melibatkan bukit batu kapur setinggi 60 meter.

Api dilaporkan marak dan asap tebal sehingga dapat dilihat di sekitar Gombak dan kawasan berdekatan.

Operasi pemadaman sedang giat dijalankan pasukan Bomba dan Penyelamat yang melibatkan beberapa jentera dari Selayang, Rawang dan Gombak Selatan.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.42 pagi tadi.
Punca kejadian masih lagi disiasat dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan faktor cuaca panas menyumbang kepada berlakunya kebakaran.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.