Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

I-City Bantu Tingkatkan Pertubuhan Ekonomi Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

dfhjgsdKuala Lumpur – Projek pembangunan gedung beli-belah Central i-City, dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata ia melalui tawaran peluang pekerjaan yang banyak dan lebih baik kepada penduduk setempat.

Projek usaha sama antara i-Berhad dengan pemaju runcit Thailand, Central Pattana Public Company Ltd itu turut memberi keyakinan kepada pelabur asing lain untuk membuka perniagaan di Malaysia.

Dijangka beroperasi pada 2018, gedung beli-belah berkeluasan tiga juta kaki persegi merupakan antara mercu tanda destinasi pelancongan i-City yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Pembangunan Central i-City itu juga merupakan jalinan usaha sama yang penting antara Malaysia dan Thailand untuk meningkatkan jumlah perdagangan menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas bagi negara-negara ASEAN.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.