Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

i-City, Koperasi Polis Kerjasama Tingkatkan Keselamatan

Kongsi maklumat ini
Tags

dfghdfShah Alam – Pengunjung ke pusat pelancongan ikonik, i-City di sini, boleh menarik nafas lega ketika membawa keluarga mereka berikutan aspek keselamatan di taman tema ini telah dipertingkatkan dengan kehadiran anggota polis bantuan.

Perkara tersebut direalisasikan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemaju i-City, I-Berhad dengan Koperasi Polis Malaysia Berhad.

MoU itu ditandatangani antara Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew dan Pengerusi Koperasi Polis Datuk Seri Syed Ismail Syed Azizan dengan kehadiran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Melalui MoU berkenaan, Koperasi Polis akan merekrut, melatih dan mengurus sehingga 300 anggota polis bantuan untuk i-City secara berperingkat-peringkat.

Fasa pertama program itu bakal menyaksikan 50 anggota melaporkan untuk bekerja di taman tema itu mulai hari ini.

Melalui MoU berkenaan, i-City menjadi destinasi pelancongan pertama yang mengadakan kerjasama dengan program Polis Bantuan di negara ini.

Mengulas mengenai MoU itu, Eu berkata program itu akan menjadikan i-City sebuah taman tema yang diawasi secara menyeluruh dan berkesan oleh anggota polis sesuai dengan status kedudukannya sebagai Pusat Siber MSC, destinasi pelancongan dan Taman Tema Antarabangsa.

Idea menjadikan i-City sebagai perintis dalam Program Polis Bantuan ini telah diilhamkan oleh Khalid semasa lawatan ke i-City pada Oktober tahun lepas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.