Kiriman pada: Mon, Feb 13th, 2017

Ibu MB Selangor Kritikal

Kongsi maklumat ini
Tags

Shah Alalm – Che Tom Yahya, ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya selepas terkena serangan angin ahmar tengah hari semalam.

Mohamed Azmin, ketika dihubungi, berkata, ini kali kedua ibunya yang berusia 83 tahun mengalami serangan angin ahmar selepas kali pertama pada 10 Oktober lalu.

“Sejak itu ibu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pakar bedah saraf berjaya mengeluarkan darah beku dan keadaan ibu baik selepas pembedahan.

“Beliau kemudian dijangkiti kuman pada paru-paru dan Alhamdulillah beliau pulih dengan rawatan antibiotik. Minggu lalu ibu saya sangat aktif, jaga dan bertindak balas dengan baik.

“Bagaimanapun, minggu lalu ibu saya diserang angin ahmar tengah hari semalam dan koma. Berdasarkan kepada imbasan, pendarahan yang dialami serius dan lebih teruk berbanding sebelum ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, sejak ibunya dimasukkan ke hospital itu, beliau menemani Che Tom setiap hari di hospital selepas waktu bekerja. “Saya sayangkan ibu saya. Beliau adalah ibu terbaik,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.