Kiriman pada: Sat, Feb 18th, 2017

Ibu MB Selangor Meninggal Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

*Gambar fail

Shah Alam – Ibu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Che Tom Yahaya, meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara, pada jam 2.14 pagi tadi.

Che Tom meninggal dunia pada usia 82 tahun, sebelum ini dirawat di pusat perubatan swasta itu selepas mengalami serangan angin ahmar pada 10 Oktober lalu.

Keadaan Che Tom kritikal selepas beliau sekali lagi diserang angin ahmar pada minggu lalu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei, berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi pengurusan dan solat jenazah.

“Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Klang kira-kira jam 9 pagi dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate pada jam 11 pagi.

“Didoakan semoga Allahyarhamah Bonda Che Tom dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.