Kiriman pada: Wed, Jan 6th, 2016

Idea Maju Sukan Malaysia 40 Tahun Datuk Seri Najib Dalam Politik

Kongsi maklumat ini
Tags

Barangkali ramai yang tidak menyedari sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama 40 tahun penglibatan beliau dalam politik kepada perkembangan sukan di negara ini. Bagi yang tidak tahu beliau adalah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dari tahun 1986 hingga 1991.

Datuk Seri Najib telah memberi cetusan kepada kebangkitan prestasi para atlit serta beberapa sukan melalui dasar yang dibuat oleh beliau ketika memegang jawatan menteri pada ketika itu.

Dasar Sukan Negara

Pada tahun 1988, beliau telah memperkenalkan Polisi Sukan Kebangsaan atau Dasar Sukan Negara bertujuan meningkatkan prestasi bidang-bidang sukan tertentu di negara ini. Antaranya adalah olahraga, bowling, sepak takraw, terjun dan renang.

image

Setahun polisi tersebut diperkenalkan telah membuahkan hasil apabila Malaysia berjaya menjadi naib johan dalam kejohanan Sukan Sea edisi ke-15 pada ketika itu Malaysia menjadi tuan rumah. Hasilnya 67 pingat emas diraih berbanding hanya 37 pingat emas di Jakarta, sekali ganda emas diraih!

Tidak terbatas ketika itu sahaja, kemajuan sukan Malaysia dapat dilihat tahun demi tahun sehingga kini. Ada sahaja bertambah bintang-bintang sukan Malaysia yang bertaraf dunia untuk beberapa sukan hasil dari dasar yang dibuat. Bakat tidak mudah untuk dicari serta digilap jika tidak ada mekanisme yang betul-betul lengkap seperti Dasar Sukan Negara itu.

Bola Sepak

Jangan tidak tahu pada tahun 1989 juga skuad bola sepak negara berjaya mendapatkan ‘ibu emas’ kejohanan Sukan Sea itu setelah berjaya mengalahkan musuh ketat Singapura dengan jaringan 3-1.

image

Pada ketika itu prestasi bola sepak negara adalah pada tahap tinggi dan dengan mudah menjuarai pingat emas pada temasya dwi tahunan itu.

Hari Sukan Negara

image

Sehingga menjadi Perdana Menteri pada ketika ini, Datuk Seri Najib sentiasa memberi perhatian yang lebih kepada usaha menyemai semangat bersukan kepada rakyat Malaysia. Adalah selari dengan dasar yang dibuat beliau pada ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu, Datuk Seri Najib telah mengiystiharkan Hari Sukan Negara pada Sabtu minggu kedua Bulan Oktober pada setiap tahun.

Dasar yang dibuat beliau pada tahun 1988 itu adalah untuk membentuk masyarakat Malaysia yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal sejajar dengan usaha-usaha keseluruhan kerajaan dalam pembangunan negara.

Pada masa sama ia selaras dengan bajet 2015 dimana kerajaan akan mengambil langkah bersepadu ke arah mentransformasi Malaysia kepada negara bersukan.

Jadi untuk tahun yang mendatang, melalui cetusan idea Perdana Menteri serta semangat pemimpin sukan di negara ini diharap akan menjadikan Malaysia sebagai negara ‘pengaut’ pingat pada setiap kejohanan dunia. Kautan pingat seharusnya selari dengan segala prasarana bantuan kerajaan yang bertaraf dunia kepada industri sukan di negara ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.