Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

IKEA Cheras Tawar Lebih 300 Peluang Pekerjaan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR MOHD SALLEH SAID KERUAKKuala Lumpur – Lebih 300 peluang pekerjaan bakal diwujudkan oleh IKEA Malaysia berikutan pembukaan cawangan baharunya di Cheras pada akhir tahun ini.

Pengarah runcit IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Mike King dalam kenyataan di sini berkata, IKEA Cheras di Jalan Cochrane, di sini adalah sebahagian daripada hasrat syarikat untuk berkembang di Asia Tenggara.

“IKEA Cheras bersedia untuk menawarkan pekerjaan sepenuh masa dan separuh masa di pelbagai jabatan termasuk jualan, makanan dan minuman, perhubungan pelanggan, logistik dan banyak lagi.

“Ia adalah satu peluang yang menarik untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia yang berkongsi minat sama ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih baik setiap hari untuk orang ramai,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, IKEA Cheras akan mengadakan pameran pekerjaan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos (pukul 10 pagi hingga 5 petang) di VIVATEL Hotel, di sini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari IKEA.my/Cheras.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.