Kiriman pada: Sun, Nov 20th, 2016

Ikut Resmi Lalang, Kian Lama Kian Malang

Kongsi maklumat ini
Tags

lalangBegitulah hakikat yang perlu mereka terima apabila melihat kelibat Mahathir Mohamad turut serta menyertai peserta demo haram Bersih yang suatu ketika dahulu beliau gelarkan sebagai kaldai, maka hari ini jelaslah bahawa Mahathir juga telah menjadi kaldai yang dimaksudkan.

Mahathir sepatutnya mengikut resmi padi semakin tua semakin tunduk berisi, tetapi oleh kerana mengikut hawa nafsu Mahathir tidak dapat membezakan tuanya lalang dan tuanya padi yang sering menjadi pepatah orang Melayu, kerana mengikut resmi lalang maka hari ini dalam sejarah Mahathir menjelapakkan dirinya kelembah kehinaan yang dia sendiri gelarkan ia ini menjadi kaldai kepada pembangkang.

Lebih malang lagi kehadiran Mahathir bukan diringi oleh puluhan ribu rakyat seperti mana diketika rakyat mahukan beliau turun dari tampok kerajaan ketika era reformasi. keadiran Mahathir hanya menumpang tuah kaldai yang sedia ada, kehadiran Mahathir seperti melukut yang tidak dipandang sebelah mata pun.

Kerana rata-rata kaldai-kaldai yang berhimpun adalah mereka yang sama menuntut Mahathir letak jawatan dahulu cuma ketiadaan Anwar Ibrahim sahaja, jika tidak bertambah malanglah Mahathir seperti lalang tua yang lembu pun tak mahu memakannya.

Semoga hari ini mengajar Mahathir populariti tidak semestinya sering mendapat perhatian, pengorbanan individu tidak dinilai sepanjang masa, terimalah hakikat bahawa kepujian sering berubah-ubah mengikut keperluan, sokongan juga akan beralih jika diri kita sudah tiada nilai, apatah malang lagi jika kita mengikut resmi lalang, semakin tua semaking malang.

Kehadiran Mahathir tidak menambah kepada apa-apa pun apatah lagi kemeriahan, kehadirannya tidak menjemput ratusan ribu ahli parti baharunya, dan yang paling memalukan ialah Mahathir juga telah menggangu hak peniaga-peniaga untuk melaksanakan aktiviti mereka, Mahathir telah menjadi penyekat rezeki peniaga-peniaga, sudahlah tidak membantu tapi menyekat pula.

Mungkin kerana kehadiran Mahathir, Bersih 5 gagal mencapai matlamat mereka, kerana kesan Mahafirun dan Mahazalim yang masih menebal didalam diri mereka yang dizalimi hampir 22 tahun dan yang paling nyata Dato’ Seri Najib Tun Razak masih bertahta di Putrajaya, tinggallah Mahathir seperti lalang tua yang tak berguna.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.