Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Imam Selesaikan Larian Lebih 500km Dari Shah Aalam Ke Alor Setar

Kongsi maklumat ini
Tags

fdahhAlor Setar – Selepas melakukan larian selama 10 hari meliputi jarak lebih 500km dari Shah Alam ke Alor, Nasir Abbas, Imam Masjid Lama Kuala Kedah menamatkan lariannya tepat pada 5.40 petang di Stadium Darul Aman.

Ketibaan Nasir, 60, disambut oleh lebih 300 penyokong “Helang Merah”, pasukan bola sepak negeri, yang turut sama berlari mengiringi peringkat akhir lariannya ke perkarangan stadium itu.

Larian bermula dari Stadium Shah Alam pada 13 Dis.

“Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan larian dalam keadaan yang baik dan selamat.

“Keadaan cuaca yang panas dan hujan sedikit menyukarkan larian saya, namun ia tidak mematahkan semangat.

“Semangat untuk menamatkan larian semakin berkobar-kobar kerana sepanjang perjalanan saya mendapat sokongan dari peminat bola sepak dari negeri-negeri yang saya lalui,” katanya kepada pemberita.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.