Kiriman pada: Sun, Jan 22nd, 2017

Imbas Kekejaman Mahathir Sewaktu Jadi Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Pemuda PAS mengingatkan ahli dan penyokongnya tentang usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘mencuci tangan’ di atas pelbagai ‘masalah dan penyakit’ yang dilakukannya sepanjang memerintah negara ini demi kepentingan peribadinya.
.
Ketua Pemuda PAS,. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Mahathir yang kini memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berusaha meletakkan segala kesalahan yang pernah dilakukannya ke atas bahu Perdana Menteri selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kepimpinan negara selepas zaman Mahathir selain dilihat lemah, ia juga tidak lebih selain terpaksa menanggung segala penyakit yang telah sedia tumbuh sejak zaman Mahathir lagi.

“Kita sedang melihat hari ini betapa Mahathir cuba `mencuci tangan’ dan `bersilat tari’ dengan meletakkan kesalahan terhadap segala masalah yang berlaku hari ini ke atas kepimpinan Abdullah dan Najib,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh turut mengingatkan, tindakan Mahathir yang kini menentang kerajaan menyebabkan politik kebencian, kemarahan dan fitnah jadi merebak.

Kata beliau, Mahathir pernah menolak usaha PAS mengetengahkan penyelesaian Islam kerana padanya PAS adalah sampah dan penghalang wawasan yang dikejarnya.

“Beliau hanya menghormati PAS ketika PAS mempertahankannya pada ketika musuh luar negara cuba memeranginya. Beliau hanya menghormati PAS ketika dia mahu tunjukkan kepada rakyat dan dunia bahawa dia juga memperjuangkan Islam dan bumi Palestin.

“Selebihnya, PAS diperangi Mahathir habis-habisan sehinggakan sekolah-sekolah agama rakyat seluruh negara dan rakyat Kelantan dan Terengganu menjadi mangsa kekejamannya melalui sekatan ekonomi dan kewangan yang dilakukannya,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.