Kiriman pada: Tue, Dec 29th, 2015

IMIGRESEN KEDAH TAHAN 59 PATI DI TAPAK PEMBINAAN DI JITRA

Kongsi maklumat ini
Tags

trustjAlor Setar – Jabatan Imigresen Kedah menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam Operasi Bersepadu di sebuah tapak pembinaan di Jitra, semalam.

Menurut Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim, dalam operasi yang dijalankan pada pukul 2.40 petang itu, pemeriksaan dijalankan terhadap 116 warga asing di rumah kongsi dan sekitar tapak pembinaan di Taman Tunku Intan Safinaz, Jitra.

59 warga asing terdiri 13 lelaki warga Bangladesh, 27 lelaki warga Myanmar dan 14 lelaki serta lima wanita warga Indonesia berumur antara 18 hingga 55 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

Semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.