Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Impak Kepada Pasaran Global

Kongsi maklumat ini
Tags

tjrtKuala Lumpur – Ringgit dibuka rendah di bawah paras 4.26 berbanding dolar AS berikutan kurang minat belian terhadap mata wang tempatan di tengah-tengah kelembapan sentimen terhadap China.

Pada pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.2610/2660 berbanding dolar AS daripada 4.2475/0415 pada penutupan dagangan semalam.

Kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China yanga menyederhana lebih cepat daripada jangkaan, terus memberi impak kepada pasaran global, katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga dibuka rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0222/0275 daripada 3.0143/0229 pada Isnin dan turun berbanding yen pada 3.5831/5879 daripada 3.5295/5390 semalam.

Ringgit juga susut berbanding pound sterling kepada 6.7158/7262 daripada 6.6876/7042 dan susut berbanding euro kepada 4.9330/9396 daripada 4.8826/8950 semalam.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.