Kiriman pada: Sat, Mar 14th, 2015

Industri Rel Jana Pendapatan RM4 Bilion

Kongsi maklumat ini
Tags

2-car_kelana_jaya_lrt_trainKuala Lumpur – Sektor industri rel negara yang menjana pendapatan lebih RM4 bilion tahun lepas serta menggaji lebih 9,500 pekerja, dijangka akan lebih berkembang pada masa depan.

Pengerusi Bersama Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Tan Sri Zakri Abdul Hamid, berkata kerajaan turut mengunjurkan perbelanjaan modal bagi projek berkaitan rel akan meningkat kepada RM160 bilion menjelang 2020 menerusi pelaksanaan Inisiatif Greater Kuala Lumpur.

“Pelaburan itu akan memanfaatkan lebih banyak penggiat industri, terutama perusahaan kecil dan sederhana,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, kata Zakri, kerajaan juga telah membuat komitmen untuk memajukan industri rel berkenaan.

Selain itu, Zakri yang juga Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, menyerahkan sijil keanggotaan kepada sebuah syarikat kejuruteraan kereta api, SMH Rail Sdn Bhd, dalam satu majlis.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.