Kiriman pada: Sun, Dec 20th, 2015

Ingkar Arahan Polis Pengiring boleh Dikenakan Tindakan

Kongsi maklumat ini
Tags

image (1)Putrajaya – Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang kenamaan utama (VVIP) termasuk enggan memberi laluan boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas viral mengenai polis pengiring tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.

Sehubungan itu, Khalid meminta beberapa portal berita yang memainkan isu polis pengiring supaya berhenti berbuat demikian dan menyifatkannya sebagai tindakan mengajak rakyat supaya mengingkari undang-undang.

Beliau ditemui selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan daripada Universiti Limkokwing.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.