Kiriman pada: Thu, Dec 17th, 2015

Inovasi, Kreativiti Penting Dalam Percambahan Fikiran

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB_RAZAK_TMIAFIF_131215_01_previewPutrajaya – Aspek inovasi dan kreativiti akan menjadi dimensi penting dalam proses percambahan fikiran pasca Wawasan 2020 yang akan diadakan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kedua-dua aspek itu merupakan sektor yang amat penting dalam pembangunan negara selepas terlaksananya Wawasan 2020.

Dalam pada itu, beliau turut meminta semua pihak terlibat untuk memberi tumpuan kepada inovasi dan kreativiti dalam setiap sesi percambahan fikiran.

“Langkah ini perlu dimulakan sekarang tanpa perlu menunggu sehingga terlaksananya Wawasan 2020.

“Oleh itu, kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk memantapkan kemampuan negara berfikir dan bertindak berasaskan kepada nilai tambah inovasi dan kreativiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri.

Mengikut laporan Global Innovation Index (GII), Najib berkata Malaysia berada di kedudukan 32 dalam indeks inovasi daripada 141 negara dengan skor sebanyak 45.98.

Pencapaian negara merekodkan daripada 79 petunjuk yang dianalisis, sembilan daripadanya berada di kedudukan 10 terbaik, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib juga memaklumkan kerajaan telah mengambil langkah-langkah antaranya meluluskan peruntukan RM100 juta kepada Agensi Inovasi Malaysia, RM200 juta kepada Malaysia Debt Ventures Sdn Bhd dan RM35 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) dalam Bajet 2016.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.