Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Insiden Plaza Low Yat Bukan Isu Perkauman, Tapi Perbuatan Jenayah

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat perlu dilihat sebagai perbuatan jenayah dan bukannya satu masalah perkauman.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan media sosial untuk menghangatkan unsur perkauman dalam kejadian itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang berlaku.

Datuk Seri Najib berkata beliau telah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan berkesan untuk mengelakkan kejadian seperti yang berlaku malam tadi daripada berulang.

“Ini satu perkara yang perlu diserah kepada polis untuk lakukan siasatan rapi. Mereka yang langgar undang-undang, tindakan akan diambil.

“Saya nak tegaskan dalam perkara seperti ini, kelazimannya ialah untuk melihat sesuatu dari perspektif kaum. Satu perbuatan jenayah akhirnya dijadikan pertimbangan yang berunsur perkauman. Ini tidak seharusnya berlaku dalam negara kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan pada majlis Nur Ramadan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan, Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.