Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

Institusi Pendidikan Seni Bina Luar Negara Tidak Diiktiraf Secara Automatik Pada 2017

Kongsi maklumat ini
Tags

ykjtdKuala Lumpur – Mulai 1 Jan 2017, pengiktirafan kepada institusi pendidikan seni bina luar negara tidak akan dilaksanakan secara automatik.

Sebaliknya Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata proses validasi akan dibuat berdasarkan Polisi dan Prosedur Program Validasi Pendidikan Seni Bina dari institusi luar negara yang dibangunkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Katanya ia merupakan manual komprehensif yang menjadi panduan dalam proses akreditasi pendidikan seni bina kepada semua institusi pengajian tinggi.

“Lembaga Arkitek Malaysia akan mengeluarkan senarai baharu institusi pendidikan seni bina luar negara yang diiktiraf mulai tarikh tersebut,” katanya pada Majlis Anugerah LAM 2015 malam tadi.

Pada majlis itu, Fadillah menyampaikan antara lain anugerah Pingat Presiden LAM kepada Tan Sri Esa Mohamed, Prinsipal Firma Perunding Arkitek dan Perancangan Bandar, Arkitek Jururancang (Malaysia) Sdn Bhd (AJM).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.