Kiriman pada: Tue, Aug 4th, 2015

IPGKSM Anjur Program Patriotik “Malaysia: Sehati Sejiwa” Zon Tmur

Kongsi maklumat ini
Tags

dahatgewsPelbagai acara termasuk pertandingan video klip patriotik dan pertandingan pengisahan sejarah diadakan bagi memeriahkan Program Patriotik Malaysia: Sehati Sejiwa peringkat Zon Timur yang akan diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) Besut di sini, Sabtu ini.

Pengarah IPGKSM Dr Mohd Aziz Mohd Din berkata selain pertandingan berkaitan patriotik, program sehari itu juga akan dipenuhi dengan ceramah dan forum.

Menurutnya Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Datuk Raja Arif Raja Ali juga akan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Membugar Semangat Patriotik Rakyat Malaysia Masa Kini’.

“Ini diikuti forum ‘Malaysia: Sehati Sejiwa’ yang disertai Pengarah Bahagian Modal Insan BTN Dr Roslan Hussin, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Nasrudin Mahmud dan saya sendiri manakala moderatornya ialah Dr Rosli Ab Rahman dari IPGKSM,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mohd Aziz berkata pihaknya turut menganjurkan pertandingan mewarna patriotik, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pertandingan deklamasi sajak patriotik yang semuanya akan diadakan di institut berkenaan.

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Datuk Sulaiman Wak akan merasmi dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang selepas pertandingan berakhir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.