Kiriman pada: Sat, Dec 12th, 2015

‘IS’ Adalah Pelampau Agama Dan Perlu Di Kekang.

Kongsi maklumat ini
Tags

e26c57a9-d341-46ca-be18-ab70f7ad86a2Negara boleh menjadi kucar-kacir jika pengikut taksub pergerakan ‘Islamic State’ IS menzahirkan perjuangan mereka secara fizikal tanpa kawalan dan kekangan dari pihak keselamatan seperti Polis Di Raja Malaysia.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai jika kumpulan ini melancarkan gerakkan keganasan, Keselamatan negara boleh terancam dan keamanan akan tergugat.

Apabila ini berlaku, Kehidupan yang dinikmati pada hari ini oleh rakyat Malaysia sudah pastinya akan berubah, Seperti mana yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah yang dapat kita lihat pada hari ini.

Pertepatan dengan pendirian White House semasa perbincangan bersama Datuk Seri Liow, Bahawa mereka amat menghargai pendirian dan tindakan yang diambil oleh negara ini dalam hal pengganas dan kumpulan militan IS.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkongsi pengalaman dan pendapatnya seminar berhubung “Keselamatan Negara Dan Ancaman IS” yang berlansung di Wisma MCA dimana MCA Parti kedua terbesar didalam Barisan Nasional menjadi penganjur nya.

Beliau turut berkongsi maklumat berhubung dengan peristiwa pembunuhan Bernad Then seorang warga negara Malaysia yang di penggal kepalanya ketika di dalam tahanan kumpulan militan yang berpengkalan di Filipina.

Datuk Seri Liow juga melahirkan rasa bangganya terhadap kecekapan dan kepantasan pasukan ‘Special Branch Polis Di Raja Malaysia yang bertindak menjaga keamanan negara dari segala rupa bentuk ancaman terutama ancaman pengganas yang berselindung di balik agama.

Beliau turut memberi contoh bagaimana kejayaan pihak Polis menahan dan menangkap anggota yang di syaki pengganas yang di katakan baru sahaja pulang dari negara dimana mereka menerima latihan. Malah, salah seorang dari mereka di tahan sebaik sahaja turun dari pesawat yang di naiki.

Datuk Seri Liow berkata bahawa bukan sahaja MCA, Malahan semua rakyat Malaysia amat risau dengan trend anak muda yang cenderong kepada keganasan, Beliau juga yakin bahawa semua Agama termasuk agama Islam tidak mengajar penganutnya untuk menjadi eksream dan menggangu masyarakat yang mahu hidup didalam aman dan damai.

Pada beliau pendirian rasmi MCA adalah jelas bahawa ‘IS’ tiada kaitan dengan agama atau bangsa. Mereka adalah penganas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.