Kiriman pada: Thu, Nov 19th, 2015

IS tunjuk ‘Schweppes’ peledak bom letup pesawat Russia

Kongsi maklumat ini
Tags

19schweppes.transformedKAHERAH: Majalah rasmi Kumpulan Negara Islam (IS) hari ini memaparkan gambar minuman Schweppes yang didakwa digunakan sebagai bahan membuat bom yang meletupkan pesawat Metrojet Russia di Semenanjung Sinai bulan lalu. Dalam kejadian itu, semua 224 penumpang dan kru pesawat penumpang itu terkorban. Gambar itu menunjukkan minuman tin Schweppes Gold yang menjadi bahan peledak dengan satu suis berwarna biru pekat serta tiga komponen ringkas yang didakwa menjatuhkan pesawat berkenaan. “Pejuang salib di timur dan barat menganggap mereka selamat di dalam jet dan mereka sebagai pengecut mengebom orang Islam sebagai khalifah,” kata majalah dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada Russia dan negara Barat. “Dan sebagai membalas dendam kepada mereka yang berasa selamat di dalam kokpit,” kata majalah itu. Kerajaan barat berkata, pesawat berkenaan kemungkinan terhempas disebabkan letupan bom dan Moscow mengesahkan semalam bahawa mereka boleh menyimpulkan bom sebagai punca. Bagaimanapun, kerajaan Mesir masih bertegas mereka masih tidak menjumpai sebarang bukti menunjukkan ia perbuatan jenayah. Jurucakap Jabatan Negara Amerika, John Kirby semalam berkata, kerajaan Amerika tidak dapat mengesahkan mengenai kesahihan dalam dakwaan majalah itu. IS juga menyiarkan gambar yang didakwa mereka pasport dimiliki mangsa warga Russia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.