Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Islam tidak anjur gerakan ekstremis

Kongsi maklumat ini
Tags

n9pilah.transformedKUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini, bertitah gerakan ekstremis yang mempergunakan nama Islam perlu dipantau dan ditangani dengan tegas. Titahnya, agama Islam yang indah tidak pernah menganjurkan atau membenihkan sifat ekstremisme dalam kalangan umatnya. “Agama ini diturunkan lengkap dengan tatacara kehidupan sesama manusia serta mengiktiraf perbezaan kaum yang dijadikan Allah dengan pelbagai hikmah tertentu. “Gerakan ekstremis jelas bertentangan dengan ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah akibat tafsiran songsang untuk kepentingan golongan tertentu,” titahnya pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-68 baginda di Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin. Pada istiadat itu, bekas Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar, mendahului senarai menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri. Secara keseluruhan, seramai 725 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan baginda tahun ini. Turut mencuri tumpuan, penyanyi Blues Geng, Ito atau nama sebenarnya Mohd Arif Kendut dan penyanyi rap, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, masing-masing menerima Darjah Tuanku Muhriz dan Pingat Cemerlang Masyarakat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.