Kiriman pada: Mon, Mar 23rd, 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor sarat nilai sejarah – Najib

Kongsi maklumat ini
Tags

JB04_230315_KEMAHKOTAANJOHOR BAHRU: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar merupakan satu istiadat yang sarat dengan nilai-nilai sejarah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, dengan mengadakan istiadat seperti ini, ia memberi peluang kepada generasi muda mengetahui nilai-nilai sejarah berkaitan dengan Kesultanan Johor.

“Bagi kita semua terutama sekali generasi baru, mereka mendapat peluang untuk melihat (sendiri) adat resam dan sejarah Kesultanan Johor yang mana sudah tentu menjadi kebanggaan rakyat khususnya rakyat negeri Johor,” kata Najib kepada pemberita selepas menghadiri istiadat itu hari ini.

Dengan selesainya istiadat kemahkotaan itu, Sultan Ibrahim dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, sementara Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bergelar Permaisuri Johor.
Kali terakhir istiadat kemahkotaan diadakan adalah 55 tahun yang lepas ketika istiadat kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 10 Februari 1960.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.