Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

Isu 1MDB Tidak Akan Jejaskan Keyakinan Pelabur Terhadap Bursa Tempatan

Kongsi maklumat ini
Tags

Bursa SahamKuala Lumpur – Bursa Malaysia tidak menjangka isu yang melanda 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap bursa tempatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan.

Indeks Komposit (IK) menerima kesan besar daripada isu penyelesaian hutang Greece berbanding sentimen domestik.

“Entah bagaimana, isu luaran dilihat menjadi faktor yang lebih dipertimbangkan dalam hal ini. Persoalan mengenai Greece berada dalam fikiran masyarakat bagi tempoh yang agak lama,” katanya.

Tajuddin berkata kesan luar jangka terhadap Greece di Eropah akan mempunyai impak limpahan kepada pertumbuhan pasaran Asia.

Dalam keadaan sentimen luaran yang lemah baru-baru ini, Indeks Komposit susut 18.55 mata kepada 1,691.92, paras terendah setakat ini bagi tahun ini.

Pada 5 petang hari ini, ia berakhir pada 1,727.26.

Mengulas lanjut mengenai isu 1MDB, Tajuddin berkata ia lebih kepada isu kawal selia.

“Daripada keseluruhan perspektif dan ditambah dengan asas-asas, ia tidak menjejaskan keyakinan atau integriti pasaran,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama Bursa Malaysia di sini Rabu.

Bagi melangkah maju, beliau berkata Bursa Malaysia akan menggandakan usaha menggalakkan amalan mampan dalam pasaran.

“Sejak pelancaran Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pada Disember tahun lepas, kami komited kepada usaha Bursa Saham Mapan Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang memerlukan penandatangan sukarela komited untuk menggalakkan kemapanan prestasi dan ketelusan dalam pasaran modal.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.