Kiriman pada: Tue, Nov 24th, 2015

Isu Air – Johor Tidak Akan Mengikut Langkah Malang Selangor

Kongsi maklumat ini
Tags

33-850x636Kuala Lumpur – Timbalan Presiden MCA, Datuk Sri Wee Ka Siong hari ini telah menyuarakan rasa tidak senang dengan makluman lanjutan catuan sahingga 15 Disember ini, Beliau telah membangkitkan perkara ini di dalam mesyuarat Kabinet untuk memohon Kerajaan Pusat meneliti isu tersebut dengan segera.

Ini adalah contoh seorang ahli Parlimen yang bertanggung jawab terhadap kawasan parlimen yang di wakilinya, Bila mana rakyat mengalami masalah maka wakil rayat yang terpilihlah yang perlu tampil menyelesaikan sesuatu masalah mengikut kaedahnya.

Beliau yang juga seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah menyuarakan keresahan rakyat di parlimen yang di wakilinya serta seluruh warga Johor berhubung catuan air yang kian berlanjutan itu, Hasil dari kesungguhan Beliau membawa kepada tindakan segera yang akan di ambil oleh kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Di dalam mesyuarat Kabinet bersama kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah berjanji yang beliau akan meneliti perkara ini sebelum memikirkan tindakan susulan.

Dimaklumkan paras air di empangan Sungai Layang dan Sungai Lebam telah mencecah ke tahap kritikal. Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd (SAJ) sebelum ini memaklumkan bekalan air secara berjadual tersebut akan terbatal sekiranya paras air di empangan yang terlibat menunjukkan peningkatan.

Datuk Wee juga mengingatkan bahawa isu air di Johor akan menjadi lebih buruk jika Kerajaan pusat tidak campurtangan dan akhirnya Johor bakal berhadapan dengan krisis air seperti yang telah berlaku di Selangor.

Selangor yang berdepan dengan krisis air yang berpanjangan satu ketika dahulu kerana gagal di urus dengan baik oleh kerajaan negeri Selangor yang kini di tadbir urus oleh Pakatan Rakyat. Ianya bukan sahaja melibatkan rakyat jelata tetapi turut melibatkan pengusaha kilang dan pengusaha restoran dan kedai makan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, Pembinaan Empangan Sungai Johor yang dijangka siap selewat-lewatnya Mei tahun depan, dijangka dapat mengurangkan catuan bekalan air di negeri ini.

“Apabila siap, empangan ini dijangka dapat mengurangkan penerobosan air masin sekaligus meningkatkan takungan air bersih Sungai Johor sehingga 550 juta liter sehari”.

“Keadaan ini turut membolehkan Sungai Johor membekalkan air bersih dan menyelesaikan catuan air.

Pada masa ini Johor telah merekodkan penggunaan air berjumlah 220 liter sehari berbanding Singapura (155 liter) , United Kingdom (150 liter) dan Hong Kong (130 liter).

Penggunaan yang tinggi itu didorong beberapa faktor antaranya pembangunan pesat di kawasan Iskandar Malaysia dan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang (Kota Tinggi) dan juga perubahan iklim.

Peranan Datuk Wee amat terkesan didalam isu air Johor ini, Walau pun sentiasa di kejar kesibukkan tugas sebagai Menteri di jabatan Perdana Menteri juga sebagai Timbalan Presiden MCA tetapi masih mengekalkan keutamaannya sebagai wakil rakyat dengan membuktikan kemampuan beliau menguruskan kawasan tadbirannya Parlimen Air Hitam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.