Kiriman pada: Sat, Jul 11th, 2015

Isu Air- MB Selangor Berterima Kasih Atas Kerjasama Kerajaan Persekutuan

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN YASSINPutrajaya – Kerajaan Negeri Selangor berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberi kerjasama untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Besarnya Mohamed Azmin Ali berkata sepanjang rundingan selama 10 bulan, menyaksikan pihak kerajaan negeri dan persekutuan begitu komited untuk memastikan industri perkhidmatan air di Selangor lebih holistik demi kepentingan pengguna sama ada industri atau domestik.

Beliau berkata sepanjang proses rundingan, kedua-dua pihak mempertahankan pandangan dan pendirian masing-masing namun telah melihat kerangka lebih besar agar ia dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya mengambil kesempatan bagi pihak kerajaan negeri untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah membantu dan memberikan kerjasama cukup baik untuk memuktamadkan proses ini.

“Saya dan (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr) Maximus (Ongkili) pernah bincang dari siang sehingga lewat malam. Saya juga pernah menghubungi timbalan perdana menteri dan beliau sudi menjawab panggilan telefon saya pada waktu sahur iaitu 4.58 pagi.

“Ini (memuktamadkan perjanjian) merupakan satu permulaan yang baik untuk menggerakkan kerjasama yang baik dan lebih erat demi kepentingan rakyat dan pengguna, khususnya di Selangor,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian pada sidang media bersama selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.