Kiriman pada: Wed, Feb 1st, 2017

Isu Annuar Tidak Jejas UMNO Kelantan

Kongsi maklumat ini
Tags

Jeli – Keputusan supaya Tan Sri Annuar Musa bercuti sementara sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pengerusi Pelaburan MARA Berhd (PMB) tidak memberi kesan terhadap kekuatan UMNO Kelantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tindakan itu hanya membabitkan jawatan yang dilantik menteri dalam sebuah agensi dan tidak membabitkan parti.

Beliau berkata, hakikatnya UMNO Kelantan berfungsi seperti biasa tanpa dibayangi masalah berkenaan.

“Kita yakin isu Annuar tiada kaitan dengan UMNO dan tidak akan memberi kesan terhadap parti di Kelantan.

“Malah, semangat dikalangan ahli UMNO semakin tinggi sejak kebelakangan ini,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU) dan lantikan program akademik 2017 di Universiti Malaysua Kelantan (UMK) Jeli, di sini.

Beliau mengulas mengenai keputusan Majlis MARA yang menggantung Annuar sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi PMB, mulai semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, memuji sikap ditunjukkan Annuar ketika berdepan masalah itu yang menerimanya dengan tenang.

“Buktinya dalam kenyataannya, Annuar berlapang dada dan dengan rasa penuh tanggungjawab menerima keputusan penggantungan jawatan berkenaan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.