Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Isu Cerai: Jom Tengok Apa Pasangan Itu Buat Sampai ‘Terlanjur’

Kongsi maklumat ini
Tags

gftkApa nak jadi dan apa sudah jadi? Masa kini nak cari jodoh boleh sahaja nak guna media sosial. Malahan sebab media sosial juga pasangan boleh bercerai. Mari kita lihat beberapa faktor penyebab dari media sosial ini.

Kes kecurangan pasangan melalui aplikasi media sosial sangat membimbangkan kerana ia berlaku dalam situasi sangat terselindung. Oleh kerana penggunaan telefon pintar adalah berbentuk peribadi, maka apa sahaja perlakuan di dalam media sosial oleh pasangan yang ‘gatal miang’ itu terbatas kepada pandangan pasangan masing-masing.

Kadang-kadang boleh dilihat pasangan itu dilihat lebih akrab bersama telefon masing-masing berbanding pasangan sendiri. Masing-masing mempunyai hal sendiri bersama telefon dan tidak ada komunikasi dua hala antara kedua-dua pasangan. Sudahnya bila bergaduh pun guna Whatsapp membuatkan konflik lebih bercelaru.

Satu lagi masalah apabila ada sikap suka menunjuk-nunjuk kesenangan dan kebahagian secara meluas dalam media sosial. Dalam tidak sedar ada mata yang memerhati dengan niat yang berbeza-beza. Segala macam perangai manusia ada dalam media sosial ini, ada kaki sailang, kaki kikis dan berbagai lagi karaktor antagonis dalam dunia nyata berselindung disebalik alam maya ini. Mudah sahaja kebahagian dirampas oleh mereka itu.

Mudah sahaja jika boleh diterjemahkan peribahasa, ‘masakan pokok bergoyang jika tidak ada angin meniup’.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.