Kiriman pada: Sun, Feb 5th, 2017

Isu Forest City: Tun M Cuba Takutkan Orang Melayu

Kongsi maklumat ini
Tags

Johor Bahru – Johor menyelar tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mempolitikkan pelaburan Forest City untuk menakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata projek itu bukan milik China dan tidak mungkin 700,000 rakyat China akan dibawa masuk dan diberikan kerakyatan.

“Dia sengaja hendak menakutkan Johor, Forest City adalah projek kerajaan negeri, sebanyak 42 peratus milik rakyat tempatan dan kerajaan negeri juga ada saham,” katanya berucap pada Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Parti GERAKAN Johor di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Dr Mahathir sengaja memainkan sentimen orang Melayu kerana pilihan raya umum (PRU) semakin dekat dan dia mahu orang Melayu marah dengan kerajaan negeri.

Sementara itu bercakap kepada media selepas program itu, beliau berkata, pembangunan di Forest City hanya membabitkan keluasan kira-kira 0.1 peratus daripada keseluruhan Johor dan terhad kepada pembangunan di pulau buatan.

“Mana ada 700,000 orang China boleh dapat kerakyatan, itu semua hendak menakutkan orang Melayu, dia (Dr Mahathir) tahu orang Melayu dengan Cina, sebab itu dia mainkan sentimen itu,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, sebanyak 42 peratus saham projek Forest City dimiliki oleh rakyat tempatan termasuk kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).

Sebelum ini Dr Mahathir mendakwa Johor Bahru akan didiami 1.5 juta warga asing, manakala 700,000 warga asing yang akan membanjiri projek mega Forest City di Gelang Patah akan diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.