Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Isu Kelaparan: Jangan Tunjuk Bodoh Jadi Pelajar

Kongsi maklumat ini
Tags

Isu kelaparan di universiti boleh dianggap satu isu bodoh untuk menampakkan betapa terseksanya menjadi pelajar universiti di Malaysia ini. Padahal yang nampak bodohnya adalah pelajar itu sendiri yang tidak bijak menguruskan kewangan mereka.

Lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar universiti akan berhadapan dengan situasi ‘berlapar’ itu. Namun harus diingat, mereka sebenarnya berlapar atas beberapa faktor yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan kesempitan hidup.

Boleh dipandang dari sudut positif apabila pelajar itu sanggup berlapar kerana sedang fokus dalam membuat sesuatu projek dalam pengajian. Fokus seratus peratus diberikan untuk menyiapkan kerja membuatkan mereka berlapar. Lapar mereka tidak lah berpanjangan kerana mereka sedang mengusahakan sesuatu yang bermanfaat kepada diri mereka.

Sebaliknya berlaku satu tindakan bodoh kepada diri sendiri kerana ada sebilangan pelajar sanggup berlapar demi mendapatkan sesuatu yang diingini. Paling popular sudah tentu gadjet yang nampaknya lebih kepada unsur gaya hidup.

Keinginan mendesak untuk menjadi seorang pelajar yang tidak mahu ketinggalan dalam dunia moden menyebabkan mereka sanggup mengorbankan rasa ‘kenyang’ itu untuk berlapar. Jadi salah siapa sekarang ini?

Terdapat pula satu laporan menyebut kesempitan hidup berlaku kerana duit pinjaman dijadikan bantuan pula kepada adik beradik yang masih bersekolah. Pada pandangan mata kasar ia satu perbuatan murni, tetapi akibat perbuatan murni itu nampak terjadi satu kesalahan kepada pihak lain pula kerana pelajar terbabit menghadapi kesempitan wang dan menjadi pelajar yang kelaparan.

Walau bagaimanapun tidak masuk akal pelajar-pelajar di negara ini adalah dalam keadaan kelaparan. Pelajar di Malaysia adalah golongan yang sentiasa diberi perhatian, mudah untuk mendapat bantuan. Apa pun adalah satu kenyataan yang melampau jika ada bantuan makanan diberikan tetapi diajdikan modal seolah-olah kelaparan pelajar seperti menjadi satu fenomena buruk dalam negara ini.

Seharusnya pelajar bijak dalam membuat percaturan hidup. Sesungguhnya berlapar itu juga menjadi satu pengajaran dan pedoman apabila meningkat dewasa kelak.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.