Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Isu Kelaparan: Mahu Lihat Apa Pelajar Itu Sudah Buat?

Kongsi maklumat ini
Tags

Walaupun masih berstatus sebagai seorang pelajar, namun lagak pelajar universiti pada hari ini sudah boleh nampak seperti orang sudah bekerja.

Untunglah bagi mereka yang membuat kerja sampingan boleh juga menampung keinginan yang ada.

Kes pelajar kelaparan barangkali hanya kes terpencil tetapi isunya sengaja diperbesar untuk liputan yang lebih luas.

Pada masa sama banyak sahaja yang bergelak sakan di kedai-kedai mamak sambil makan, minum bergelas-gelas menonton perlawanan bola atau rancangan hiburan.

Sebenarnya pelajar-pelajar di Malaysia bahagia sahaja walaupun mereka ‘berlapar’. Sungguhpun mereka berlapar tetapi bukan bermaksud mereka dalam keadaan kelaparan.

Apa yang boleh dilihat pada hari ini sikap berlagak adalah antara faktor terjadinya sindrom kelaparan dikalangan pelajar universiti sekarang. ‘Biar papa asal bergaya’ peribahasa mudah untuk mengambarkan keadaan itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.