Kiriman pada: Thu, Jul 31st, 2014

Isu Tol Baru Johor – Singapura

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamedMerujuk kepada siaran akhbar berhubung kadar tol baru di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Ismail (BSI) Johor Baharu pada 25 Julai 2014 LLM ingin memberi penjelasan mengenai beberapa isu berkaitan.

Mulai 1 Ogos 2014 kadar tol di Kompleks CIQ, BSI Johor Baharu ditetapkan pada RM9.70 untuk kenderaan Kelas 1 dari Singapura dan RM6.80 untuk kenderaan yang menghala ke Singapura. Ketika ini tol hanya dikenakan untuk kenderaan masuk ke Malaysia dari Singapura pada kadar RM2.90. Tol ini dikutip oleh PLUS untuk membiayai penyenggaraan Tambak Johor. Kadar tol baru di CIQ BSI Johor Baharu akan membolehkan pemegang Konsesi EDL, MRCB untuk mula mengutip tol bagi menampung kos pembinaan serta penyenggaraan lebuh raya serta kemudahan berkaitan di CIQ. EDL adalah laluan utama ke Kompleks CIQ untuk pergi balik ke Singapura. Kadar tol baru itu bagaimanapun tidak melibatkan hampir 180,000 kenderaan atau lebih 80% pengguna EDL yang kebanyakkannya merupakan penduduk Johor Baharu.

Bayaran tol hanya akan dikenakan bagi kenderaan masuk (in bound) dan keluar (out bound) melalui CIQ BSI. Manakala bagi pengguna Lebuhraya EDL adalah tidak perlu membayar tol dan lebuhraya ini akan kekal percuma bagi penduduk Johor Bahru.

Sejak lebuhraya ini dibuka kepada lalulintas dua tahun yang lalu ianya telah menyelesaikan masalah kesesakan di bandar Johor Bahru dimana kenderaan daripada Lebuhraya Utara Selatan serta kawasan Permas Jaya dan Jalan Lingkaran Dalam untuk ke CIQ, BSI menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

Untuk melancarkan operasi kutipan tol, sistem bayaran tol secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya di Plaza tol ini. Pengguna hanya perlu sentuhkan kad touch n go di reader yg disediakan di pondok Imigeresen.Untuk kemudahan pengguna, penjualan kad ‘touch n go’ serta tambah nilai juga akan disediakan. Kutipan tol akan dilaksanakan 24 jam sehari dengan kadar tetap (tidak berubah). Pengguna motosikal adalah dikecualikan daripada bayaran tol dan adalah dianggarkan sebanyak 95 ribu motosikal melalui Tambak Johor setiap hari.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.