Kiriman pada: Thu, Nov 17th, 2016

Isytihar Harta Untuk Tunjuk Mereka Ini Orang Susah

Kongsi maklumat ini
Tags

isytiharMereka mahukan setiap ahli mereka isytiharkan harta setelah memegang jawatan didalam parti, cadangan yang baik dan telah lama UMNO amalkan, tetapi alangkah eloknya jika di isytiharkan harta sebelum memegang sebarang jawatan didalam parti agar rakyat dapat mengetahui sejauhmanakah kekayaan mereka sebelum menyertai parti baru berkenaan.

Ini agar dapat mengelakkan sebarang salah tanggap berhubung kemewahan mereka ketika bersama parti baharu nanti, dan rakya dapat memahamai bahawa kekayaan yang sedang mereka tanggung adalah kekayaan dari hasil bertungkuslumus didalam parti lama mereka dan tiadalah tuduhan meluru atau fitnah akan datang kepada mereka.

Seperti yang berlaku pada seoarang pemuda di Ampang yang menjadi kaya setelah menyertai parti Keadilan yang sentiasa kononnya berjuang untuk rakyat, beliau bukan berasal dari mana-mana parti sebelumnya dan bukan sesiapa juga sebelumnya tewtapi menjadi kaya raya setelah menuduh kerajaan Barisan NAsional bertindaka zalim kepada rakyat.

Sudah pasti pemuda ini menjadi kaya gara-gara menyertai parti Keadilan, jadi jika timbul keraguaan maka boleh lah di siasat kedudukan beliau didalam parti berkenaan dan sudah pasti tiada kena mengena dengan parti UMNO atau Barisan Nasional, berbanding mereka yang menyertai parti baharu yang tidak menjamin apa-apa tetapi telah datang dengan bergaya setelah meninggalakan parti lama mereka, maka orang seperti ini sudah pasti perlu disemak akan pendapatan semasa bersama dengan parti lamanya.

Soal mengisytiharkan harta ini belum cukup pretikal walaupun dapatlah sedikit menghilangkan gusar, kerana ketelusan mengisytiharkan harta ini juga masih boleh bermain silap mata bagi mengelirukan penilai, seperti contoh memiliki rumah yang di beli maka ianya masih milik bank dan mungkin boleh di pindah milik kepada sedara mara.

Begitu juga dengan sebuah kereta, boleh sahaja di alih kepada nama orang lain dan kita sebagai orang yang mengunakan sahaja dan bukan sebagai pemilik yang bermakna membeli dengan mengunakan nama orang lain atas alasan kita mempunyai rekod kewangan yang tidak cantek dan kebiasaannya yang membenarkan nama mereka digunakan sudah pasti akan mendapat sesuatu yang di inginkan seperti minit projek atau minit kuasa.

Bercakap soal politik ianya adalah untuk berbakti kepada agama bangsa dan negara semuanya hanya retorik sahaja, sila nyatakan ahli parlimen mana yang tidak mengambil gaji atau alaun hariannya, dan ahli politik mana yang sekadar bercakap tanpa mengeluarkan belanja untuk rakyat yang diwakilinya, jika tiada sumbangan jangan mimpilah untuk menjadi wakil rakyat, begitu juga rakyat jika wakil rakyat mereka tiada duit jangan mimpilah untuk mendapat hurungan rakyat apa tah lagi keluarga.

Tidak perlulah tunjuk baik, politiklah salah satu jalan untuk mengumpul kekayaan, usah temberang kata politik bukan untuk kekayaan, kalau dah celik mata sahaja rakyat dah terpacak depan pintu, tidak perlukah kopi dan gula sebagai sajian pagi, dan mana ada wakil rakyat yang menolak untuk bercuti hujung tahun dengan keluarga yang di tangung sepenuhnya.

Sembang suci boleh lah, miskinkah Adam, Rafizi, Zuraidah? miskinkah Mahathir, Muhkriz, Muhyiddin, Syafie? miskinkah mereka ini semua.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.