Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

Jabatan Audit Negara Telah Memulakan Proses Pengauditan 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

Tan Sri Ambrin BuangPutrajaya – Jabatan Audit Negara telah memulakan proses pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebaik menerima arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Menurut Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, jabatan itu akan memberi keutamaan dalam melaksanakan pengauditan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu secara bebas dan profesional.

“Tentunya jabatan akan beri keutamaan dalam hal ini dan kami harap kami boleh melakukannya dalam suasana aman dan sejahtera,” katanya dalam sidang media mengenai pengauditan 1MDB hari ini.

Ambrin berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy baru-baru ini yang telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama penuh dengan jabatan itu dalam proses pengauditan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.