Kiriman pada: Mon, Jan 2nd, 2017

Jadikan 2016 Sebagai Motivasi Untuk Kejayaan 2017

Kongsi maklumat ini
Tags

Tahun 2017 kini membuka tirai, melangkah ke tahun baharu tentunyakita tidak dapat lari dari menanam azam, pastinya sudah ramai yang memasang niat untuk menanam azam dan tidak kurang juga yang memasang angan-angan untuk dicapai pada tahun ini.

Bukan menjadi satu kesalahan untukkita menetapkan azam pada tahun baharu ini kerana ia boleh menjadi panduan dan pengerak untuk kita berusaha dengan lebih kuat bagi mencapai apa yang di ingini untuk masa depan.

Bukanlah kalau kita gagal merancang kita gagal untuk merancang, namun sebanyak mana pun azam yang ingin kita capai ia perlulah rialistik agar apa yang di ingini berjaya dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Antara azam tahun baharu yang paling popular saban tahun tentunya ingin kurus, kesedaran untuk berpenampila menarik bukanlah sesuatu yang asing namun ia perlulah seiring dengan kesedaran untuk menjaga kesihatan, mengawal pemakanan selain bersenam untuk mengurangkan berat badan dan memastikan tubuh badan sentiasa cergas.

Selain itu azam untuk menabung juga tidak kurang hebatnya namun jika tiada disiplin ia sukar untuk di rialisasikan, jika dilihat pada skop yang lebih luas, kita sebagai rakyat Malaysia tentu sekali memerlukan kehidupan lebih baik pada 2017 bukan sahaja dari aspek keselamatan malah dari kos sara hidup.

Ancaman dari militan Daesh yang semakin berleluasa diseluruh dunia kini perlu dibendung sebaik mungkin agar ia tidak meresapi dan meracuni pemikiran rakyat.

Sebagaimana harapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena tahun baru 2017 yang menegaskan bahawa Malaysia menolak keganasan malahan memerangai sebarang aktiviti dan persepsi keganasan demi menentukan kemakmuran dan keselamatan rakyat.

Seiring dengan ikral Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menerusi perutusan sempena tahun baru yang memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan dan kebajikan rakyat serta akan sentiasa berwaspada berhubung dengan hal-hal keselamatan.

Dari ancaman keganasan sahingga kes jenayah yang menghantui masyarakat kita juga perlu di benteras, satu kejayaan ditempa apabila kerajaan berjaya menurunkan indek jenayah dalam tempoh Januari 2016 hingga Jumaat lalu menunjukkan penurunan 2.7% kepada 112 ribu kes berbanding 119,225 kes dalam tempoh sama pada 2015.

Penurunan berkenaan adalah hasil dari pelbagai proaktif pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi terutamanya masyarakat dalam membenteras jenayah.

Jelas menunjukkan kerjasama masyarakat dengan pihak polis sangat penting bagi mengurangkan gejala jenayah daripada terus berleluasa, kita sebagai rakyat juga sentiasa mahukan isu yang melibatkan kos sara hidup sentiasa diberi perhatian.

Antaranya cabaran peningkatan kos persekolahan anak-anak, peningkatan kos perubatan, kos untuk memiliki rumah sendiri dan tuntutan gaji minima, selain mengamalkan nilai-nilai kesederhanaan perlu ada penyelesaian bagi memastikan rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam berhadapan situasi ekonomi negara yang mencabar.

Pokok pangkalnya berjimat cermat merupakan jalan terbaik yang perlu diamalkan oleh rakyat sedari hari pertama pada tahun baharu ini, sememangnya masa depan tahun 2017 ini terletak ditangan kita, apa yang kita inginkan perlu kita usahakan, permulaan seribu batu bermula dengan langkah pertama.

Walaupun kadang-kala apa yang di impikan tidak menjadi kenyataan namun langkah pertama itu penting bagi memastikan kejayaan yang bakal diperoleh.

Selamat menyambut tahun baharu, semoga 2017 memberi seribu satu kemanisan buat semua, jadikanlah 2016 sebagai kenangan dan cabaran agar ia memberi motivasi berharga pada tahun 2017.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.