Kiriman pada: Sun, Dec 20th, 2015

Jadikan Langkawi Destinasi Pelancungan Mewah

Kongsi maklumat ini
Tags

LGK01_181215_LITALangkawi – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih banyak usaha dilakukan untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan mewah di rantau ini.

Berucap pada majlis Anugerah Pelancongan Langkawi 2015 di sini, beliau berkata usaha menjadikan Langkawi sebagai ‘Monaco Timur’ untuk pelancong mewah harus dilakukan, sambil mengekalkan tarikan kepada pelancongan massa.

“Saya mahu melihat Langkawi muncul sebagai ‘Monaco Timur’ untuk pelancongan mewah sambil mengekalkan tarikannya kepada pelancongan massa.

“Saya mahu melihat pembangunan dua peringkat di Langkawi, satu untuk pelancongan massa dan satu lagi untuk pelancongan mewah,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) malam ini.

Beliau berkata usaha menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan mewah untuk golongan berada mampu menyuntik pelbagai kesan kepada ekonomi tempatan seperti mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan sebagainya.

Perdana Menteri berkata sudah ada destinasi mewah di Langkawi seperti Hotel St Regis yang serba mewah tetapi pembangunan destinasi seumpama itu perlu dipertingkatkan dan menyeluruh.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.