Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Jalan di JB ditutup berperingkat sempena perarakan Chingay

Kongsi maklumat ini
Tags

JOHOR BAHRU: Beberapa jalan utama di bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Isnin sempena perarakan Chingay pada 28 Februari ini. Ketua Cawangan Khas Kontinjen Johor, Datuk Ramli Hassan, berkata perkhidmatan pengangkutan khas turut disediakan dan orang ramai boleh meninggalkan kenderaan di tiga lokasi disediakan. “Orang ramai perlu mematuhi arahan anggota polis bertugas sepanjang masa supaya keamanan dan ketenteraman awam terpelihara. “Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas perlakuan dan perbuatan yang melanggar undang-undang,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat penutupan jalan sempena perarakan Chingay 2016 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini. Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.