Kiriman pada: Thu, Feb 18th, 2016

Jalan ditutup sempena Le Tour De Langkawi 2016

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSGEORGETOWN: Beberapa jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup pada 25 Februari ini sempena perlumbaan Le Tour De Langkawi 2016.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam negeri, Superintendan Roslan Ali, berkata penutupan jalan bermula dari Machang Bubuk di Seberang Prai Tengah hingga Padang Kota Lama sejauh 100.5 kilometer (km).

“Antara laluan yang akan ditutup secara berperingkat adalah dari Machang Bubuk, Simpang Ampat, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Batu Maung, Balik Pulau, Teluk Bahang, Batu Feringghi, Tanjong Tokong, Persiaran Gurney dan Padang Kota Lama.

“Laluan di kawasan Machang Bubuk akan ditutup mulai jam 10.30 pagi manakala kawasan lain secara berperingkat sehingga garisan penamat di Padang Kota Lama pada jam 1 tengah hari.

“Sementara itu, jalan di sepanjang Padang Kota Lama akan ditutup pada 25 Februari mulai jam 12 tengah malam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, petang tadi.

Jalan yang ditutup sekitar Padang Kota Lama adalah Jalan Pengkalan Weld, Lebuh Pantai, Bulatan King Edwards, Jalan Lebuh Light, Jalan Sultan Ahmad Shah, Lebuh Farquhar, Jalan Transfer, Jalan Arraton, Jalan Pangkor, Persiaran Gurney, Jalan Kelawei dan Tanjung Tokong.

Roslan berkata, pihaknya menempatkan 31 pegawai dan 955 anggota sepanjang perlumbaan.

“Orang ramai diminta mematuhi arahan anggota polis yang dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi memastikan proses penutupan laluan sementara berjalan lancar,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.