Kiriman pada: Mon, Feb 6th, 2017

Jamal Letak Jawatan Ketua UMNO Sungai Besar

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar serta semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang beliau.

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu membuat pengumuman selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira jam 7 malam ini.

Video pengumuman peletakan jawatan beliau berdurasi 1.21 minit turut dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

Khamis lalu, Jamal ditahan di kediamannya dan ditahan reman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Selangor.

Pada Disember tahun lalu, Jamal bersama beberapa yang lain ‘menyerbu’ beberapa premis berkenaan di Ampang, Selangor.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.