Kiriman pada: Mon, Feb 6th, 2017

Jamal, Pengikut Dibebas Dengan Jaminan Polis

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan lagi yang ditahan polis sejak Khamis lalu, dibebaskan hari ini.

Mereka yang direman lima hari, dibebaskan kira-kira jam 7 malam tadi selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan.

Semuanya ditahan selepas disyaki melakukan samun berkumpulan susulan tindakan Jamal dan kumpulan terbabit menyerbu premis perniagaan yang didakwa menjalankan kegiatan perjudian haram di Taman Kosas, Ampang, akhir tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, ketika dihubungi BH mengesahkan pembebasan Jamal dan sembilan yang lain itu.

“Kita sudah melengkapkan siasatan dan menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Buat sementara ini, mereka dibebaskan dengan jaminan polis dengan nilai jaminan RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin,” katanya.

Jamal dan sembilan yang lain, berusia antara 19 hingga 39 tahun dituduh melakukan samun berkumpulan kerana terdapat beberapa barangan di premis perjudian berkenaan didapati hilang dan pengadu membuat laporan polis.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.