Kiriman pada: Thu, Feb 2nd, 2017

Jamal, Pengikut Ditahan

Kongsi maklumat ini
Tags

Ampang – Polis menahan Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos, di rumahnya di Jalan 4M di sini, jam 3 petang tadi.

Difahamkan, penahanan Jamal dibuat berikutan tindakan beliau bersama kumpulannya menceroboh beberapa premis dipercayai pusat perjudian di sekitar Selangor baru-baru ini.

Susulan penahanan itu, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Selain Jamal, polis turut menahan 12 lagi individu dipercayai pengikutnya bagi membantu siasatan kes sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Semua mereka direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.