Kiriman pada: Tue, Feb 7th, 2017

Jamal Serah Surat Letak Jawatan Esok

Kongsi maklumat ini
Tags

Ampang – Datuk Seri Jamal Md Yunos akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar, esok.

Katanya, peletakan jawatan berkuat kuasa hari ini dan surat berkenaan akan beliau serahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Bagaimanapun, beliau belum menghubungi Noh berhubung perkara itu atau menentukan lokasi penyerahan surat berkenaan.

“Saya serahkan kepada Noh untuk menerima peletakan jawatan saya atau sebaliknya.

“Saya nekad letak jawatan kerana tidak mahu UMNO dan BN terpalit dengan kes saya dan rakan ditahan reman berikutan serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Selangor,” katanya kepada media di perkarangan rumahnya di sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.