Kiriman pada: Fri, Feb 10th, 2017

Jamilah Dipilih Berdasarkan Merit

Kongsi maklumat ini
Tags

Lundu – Pemilihan Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu dibuat berdasarkan merit, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN menolak tanggapan Jamilah dicalonkan kerana beliau adalah balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Beliau (Jamilah) dipilih bagi memastikan BN mempertahankan kubu kuatnya dan ia diputuskan berdasarkan tiga kriteria.

“Kajian mendapati beliau mempunyai penilaian yang tinggi dan diterima baik oleh rakyat kerana personalitinya.

“Kedua, beliau mempunyai potensi menjadi wakil rakyat yang baik, yang dapat memenuhi aspirasi rakyat di sini dan ketiga, beliau komited meneruskan kerja suaminya yang merancang hampir 850 projek untuk penduduk Tanjong Datu,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Medan Selera Lundu yang dibina dengan kos RM4.2 juta, di sini, hari ini.

Najib turut memberi jaminan Jamilah akan menyempurnakan janji dibuat Adenan untuk penduduk kawasan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.