Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Jangan Ambil Kesempatan

Kongsi maklumat ini
Tags

jgnAMBILkesempatanOrang kata jangan terlalu baik nanti orang pijak. Tetapi kalau tidak berbaik nanti orang anggap kita kejam pula, dekat dunia ini ada macam-macam jenis orang!! Ada yang hanya baik ketika memerlukan sesuatu sahaja. Boleh sakit jiwa di buatnya apabila tidak habis-habis meminta. Kita berikan bantuan tapi orang pergunakan kita, sebab bantu membantu itukan amalan yang ALLAH suka, kalau kita ikhlas dapat pahala tapi kalau dah selalu meminta, boleh ikhlas ke kita?

Jangan kerana melihat seseorang itu kelihatan baik tingkah lakunya, tidak banyak soal bicaranya, semudah itu mengambil kesempatan. Senang meminta itu dan ini !! Belajarlah bina kehidupan sendiri, belajarlah membina kematangan diri dan belajarlah berdikari sendiri. Jangan pula ambil kesempatan pada kebaikan orang lain.

‘Itulah..ada rasa dipergunakan tu..aishh..buat sedih jelah’. Selama manakah kebaikan kita seharusnya dipergunakan orang lain? Selama manakah kita harus berbakti kepada orang-orang sebegini?

‘Biar sahaja ALLAH membalasnya’. Semoga kita tidak buat begitu kepada orang lain, jika boleh kita muhasabah diri selalu. Jangan gunakan kebaikan orang lain untuk kesenangan diri kita sendiri.

‘KITA TAK TAHU BILA ALLAH BALAS BALIK’

Buat baik tetap buat baik,..’tapi harus berpada-pada’..harus tahu tahap mana kemampuan untuk membantu agar kita tidak terdendam dengan permintaan pertolongan. Kerana kita ini insan kerdil dan iman kita kadangkala di atas kadangkala di bawah jika kita tidak dapat kawal kesabaran ketabahan di hati kita.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.